Ramai yang pakai phone android ni tapi tak ramai yang tahu kelebihan
android berbanding dengan phone-phone lain.Ok kat bawah ni aku
senaraikan beberapa kelebihan android nih.
Skrin Sesentuh Lebih Sensitif
kalau sebelum nih korang pakai phone skrin sesentuh yang
bukan daripada android maka korang akan dapat merasai perbezaannya.Bagi
yang berjari besar memang menjadi satu masalah dengan skrin yang kurang
sensitif terhadap jari.Tetapi dengan android tiada masalah kepada
penggunanya yang berjari besar kerana skrin sesentuhnya lebih sensitif
terhadap sentuhan jari.
Kemudahan Muat Turun Applikasi
Android menyediakan kepada penggunanya beribu applikasi
yang dapat dimuat turun melalui android market sama ada secara percuma
mahu pun berbayar.Kalau korang nak jimat duit korang download jelah yang
percuma.
Internet yang laju
Korang boleh melayari internet dengan lebih laju
berbanding dengan phone biasa.Kelajuan mengakses internet di android
sama seperti kelajuan melayari internet di laptop.
Kemudahan Bersosial
bagi yang memang hantu fb ke tweet ke sesuai la dengan
android ni sebab dengan sentuh je ikon social networking tu terus boleh
guna kan senang macam tu.




Comments
Post a Comment