Jika dahulu aku ada menulis mengenai Stock ROM, Custom ROM dan Firmware
tapi kali ini aku ingin berkongsi pula beberapa custom ROM yang popular
untuk telefon pintar Android. Custom ROM ini adalah berasal dari stock
ROM yang telah diubahsuai bagi menambah beberapa fungsi lain yang sesuai
untuk sesebuah telefon pintar. Ini juga adalah satu sebab mengapa ramai
memilih Android dikalangan mobile OS yang lain kerana Android datangnya
dari sumber terbuka.
1. CyanogenMod
CyanogenMod memang popular dikalangan
custom ROM untuk Android. Ini kerana custom ROM yang dihasilkan oleh
CyanogenMod meliputi hampir kesemua jenis peranti yang menggunakan
Android. Untuk melihat model peranti Android yang menyokong CyanogenMod
sila ke pautan dibawah.
LockScreen Gesture
Pengguna boleh melukis apa-apa sahaja pada bahagian lockscreen untuk melancarkan sebarang aplikasi.[/one_third]
[one_third_last]
Phone Goggles
Aplikasi ini berkeupaya menapis segala komunikasi keluar dan mengelak apa-apa panggilan yang tidak diperlukan atau SMS dihantar. Pengguna boleh menetapkan konfigurasi.
[one_third]
OpenVPN
Fungsi ini membolehkan pengguna menetapkan VPN yang mahu mereka guna. Maklumat lanjut : OpenVPN on CyanogenMod [/one_third]
Incognito Mode
Di Incognito Mode, pengguna boleh melayari internet pada browser dalam mod halimunan. Ini bermakna, segala laman web yang korang layari tidak direkod didalam History dan segala Cookies dibuang sebaik sahaja korang keluar dari laman tersebut.
[/one_third_last]
[one_third]
DSP Equalizer
DSP dari perkataan digital signal processor jika korang mahu tahu. Pada fungsi ini, ia meningkatkan keupayaan memproses bunyi. Pengguna boleh mengubah beberapa parameter seperti bass boost, 5 band equalizer, virtual room effect dan lain-lain mengikut citarasa pengguna tersebut.
[/one_third]
[one_third_last]
Sokongan Tema
Pada Theme Manager, pengguna dibenarkan membina fail APK untuk yang dapat menukar seluruh paparan.
[one_third_last]
2. MIUI
Cara menyebut MIUI adalah ‘mee-you-eye‘ (Mi-U-I).
MIUI adalah custom ROM yang pernah aku cuba pada Google Nexus S abang
aku. Ianya juga menyokong pelbagai peranti Android, tetapi tidak
sebanyak CyanogenMod. MIUI adalah diantara custom ROM yang mempunyai
paparan yang cantik dan menarik. MIUI juga mempertingkatkan bahagian
notifikasi, pendailan, dan beberapa peningkatan pada aplikasi seperti
Gallery, Music, & Camera. Ianya juga mempunyai File Manager yang
menarik.
MIUI Desktop
Widget dan app dipaparkan disini. Terdapat 8 jenis transaksi skrin yang boleh digunakan dan diakses dengan mudah
Smart-Dailer
T9 Smart-Dailer boleh mencari kenalan mengikut nama, no. telefon, atau kekerapan pengguna menghubungi mereka. Secara asasnya, tiada aplikasi dari Android yang boleh memantau aktiviti telefon.
[toggles]
[toggle title="Lihat Ciri/Fungsi/Aplikasi Yang Ditambah Pada MIUI"]
[toggle title="Lihat Ciri/Fungsi/Aplikasi Yang Ditambah Pada MIUI"]
Messaging (Pesanan)
Mudah bagi menghantar pesanan secara pukal kepada banyak nombor/kenalan. Kenalan boleh ditambah bila-bila masa.
Phonebook
Aplikasi ini memudahkan pengguna mencari kenalan mereka. Penambahan kenalan baru juga boleh dilakukan dengan mudah. Selain dari itu, ianya juga mempunyai ruangan pengurusan kenalan berkumpulan (advanced group-management) dan pengguna boleh mengubah saiz paparan gambar kenalan.
Tema dan Paparan
Proses penukaran paparan dapat dilakukan dengan mudah dan pantas. Pengguna juga boleh mencampurkan bahagian-bahagian yang mereka minati pada sesuatu tema. Selain dari tema, pengguna juga dapat mengubahsuai nada dering, wallpaper, font, lockscreen dan lain-lain.
Camera
Proses melancarkan aplikasi kamera dilakukan dengan pantas, jadi pengguna tidak akan terlepas peluang untuk mengambil gambar yang bermakna. Pelbagai ciri-ciri baru seperti Continuous shooting, Timers, special effects, dan ISO adjustment.
Gallery
Proses melayari galeri lebih lancar. Pengguna juga boleh memilih jenis paparan mengikut album atau folder.
Music
Lirik, kulit album, dan track ID3 boleh diubah pada aplikasi ini. Menyokong gesture dan shaking untuk menukar lagu dengan mudah.
Bar Notifikasi
Kesemua pautan kawalan (seperti Wi-Fi, Bluetooth, dan tahap kecerahan) boleh diakses secara terus dari bar notifikasi. Menariknya, apabila pengguna seretkan bar ke bahagian bawah skrin, ia akan memaparkan 12 jenis tetapan yang biasa digunakan.
[/toggle]
[/toggles]
[/toggles]
3. DarkyROM
DarkyROM lebih kepada custom stock ROM. Jika tidak silap, DarkyROM hanya menyediakan custom ROM untuk peranti Samsung yang menggunakan Android (Galaxy S & Galaxy SII). Pada DarkyROM, ia mengubahsuai TouchWiz UI, mengeluarkan beberapa aplikasi/fungsi yang tidak diperlukan dan menambahkan fungsi mereka sendiri.
Comments
Post a Comment