
Assalamualaikum, Baru-baru ni Android 4.1 Jelly Bean telah pun diumumkan oleh Google. Buat masa ni, cuma model Galaxy Nexus, Galaxy Nexus S dan Nexus 7 sahaja yg dapat update Jelly Bean. Walau bagaimanapun, update ni tak sampai Malaysia lagi. Sebab malas sangat (sebenarnya tak sabar) nak tunggu, aku pun update sendiri Ice Cream Sandwich sedia ada kepada Jelly Bean. Justeru, harini aku nak cerita sikit pasal apa yang best sangat pasal Android 4.1 Jelly Bean.


Interface Jelly Bean tak banyak berubah dari Honeycomb dan Ice Cream Sandwich. Tambahan, JB mepunyai lebih banyak animasi transition yg menarik tak macam ICS yg cuma fade macam biasa je.
Performance dekat JB lebih lancar dan lebih pantas daripada ICS, atau versi android lama yg lain. Bilangan lag masa scroll pada aplikasi adalah sangat sedikit. Sepanjang aku guna JB, jumlah lag tu hampir boleh dikira. compared dengan ICS, aku try scroll pakai SGS2 kawan aku yg guna ICS, jumlah lagnya ya Allah, hanya tuhan yg tau. Multitasking pada JB jugak lebih senang dan lebih responsif.


Perkara yg paling menarik dalam JB ni adalah Google Now. Google Now boleh diakses dengan menyentuh-lama home button dan drag ke atas (rujuk gambar di bawah) dan ia berfungsi sama macam Siri, cuma lebih baik (sorry ipung users :p). Google Now memaparkan informasi berunsur “Cards” yg simple. Terdapat beberapa sokongan bahasa input suara seperti Bahasa Melayu, English US/UK dan lain-lain. Walau bagaimanapun, Google now memerlukan sambungan internet.

Google Now juga boleh mencari fail local atau aplikasi sedia ada. Ini termasuk lagu, video, dokumen dan lain lain.


Dgn Nexus Jelly Bean, mengambil gambar adalah sangat mudah dan pantas. Aplikasi Kamera boleh diakses di lock screen.

Gambar yg dah ditangkap boleh dilihat semula dengan cara swipe ke kiri. Untuk delete gambar, zoom out semasa review gambar, kemudian swipe ke atas.





Di bahagian homescreen pula, menyusun dan mengalih widget di JB sangat mudah kerana icon sedia ada akan bergerak ke tempat lain secara automatik jika widget tertindih padanya.


Bagi ruang notification pula, JB mempunyai ruang yg kemas dan juga simple dgn menggunakan font Roboto berbanding ICS yg menggunakan font jenis Bold. Ruang ini menunjukkan masa, hari dan tarikh.



Seperti sedia maklum, selepas pelancaran JB, pihak Google telah pun mengemaskini aplikasi Google Maps mereka dengan menambah fungsi Offline bagi peranti Honeycomb dan juga ICS. Namun begitu, fungsi ini masih tidak menyokong kawasan di negara ini.


Sebenarnya fungsi Face Unlock telah diperkenalkan di ICS, namun telah di-improvekan lagi dengan adanya fungsi Liveness Check dimana tuan punya phone perlu mengelip mata sekali untuk unlock. Ini kerana pihak Samsung telah mendapati bahawa fungsi Face Unlock ini boleh dimanipulasi dgn menggunakan gambar.


Seperti biasa, setiap versi android akan mempunyai doodlenya sendiri. Utk mengakses doodle, pengguna perlu hanya tap byk kali pada Android Version di About Phone. Gingerbread akan memaparkan gambar Gingerbread Zombie, Honeycomb memaparkan animasi lebah (tak pasti), ICS memaparkan Nyandroid (Nyan cat + Android) dan kali ini, JB memaparkan Jelly Bean !

Fungsi JB mungkin akan berbeza mengikut model telefon. Ulasan ini dibuat berdasarkan Galaxy Nexus yg menggunakan Stock Jelly Bean (Tanpa fungsi tambahan dari pengeluar telefon spt Samsung). Jelly Bean ni masih lagi baru dan terdapat aplikasi yg tidak menyokongnya. Salah satu aplikasi yg masih tidak menyokong JB adalah Viber.
*KEMASKINI - VIBER KINI MENYOKONG JB

















Comments
Post a Comment