Berita baik untuk peminat android [AndroidFAG] pada minggu hadapan
Google dikatakan akan melancarkan Android terbaru mereka iaitu Android
4.2 Key Lime Pie [?] bersama-sama dengan Nexus 4, sebuah android
smartphone dibawah Google sendiri.Nexus 4 akan diletakkan dibawah jenama
LG berbeza dengan Nexus device sebelum ni yang berada di bawah jenama
Samsung Mobile.
![]() |
Gambar yang dikatakan sebagai LG Nexus 4 |
Berkenaan dengan nama Key Lime Pie, tak dapat
dipastikan samada itu ialah nama rasmi bagi android 4.2 dan ada yang
mengatakan bahawa kemungkinan Google hanya akan mengumumkan update
kepada android JellyBean .Antara ciri-ciri utama yang hangat
diperkatakan ialah keupayaan Android 4.2 menyediakan beberapa account
pada satu2 device sama seperti komputer.
Event yang dijadual berlangsung pada 29 Oktober 2012 di New York ini
akan turut memperkenalkan Nexus 10 sebuah tablet seperti Nexus 7 atau
lebih tepat versi update kepada Nexus 7.Tablet tersebut akan menggunakan
Android 4.2 terus padanya.Nexus 7 versi baru turut dijangka akan
diperkenalkan iaitu versi 32GB dengan sokongan 3G.
![]() |
Gambar Jemputan ke Acara Google nanti |
Bagi Nexus 4 pula ia akan berada dibawah jenama LG dengan ciri-ciri
seperti quad-core 1.5 GHz Qualcomm APQ8064 Snapdragon processor,
1280×768 display, 2GB of RAM dan 16GB storage.Agak menarik sebenarnya
dan sama-sama kita nantikan apa yang akan diumumkan oleh Google pada
minggu hadapan.
Comments
Post a Comment